As-salam
Rasanya perlu untuk saya berkongsi sedikit sebanyak tentang KTKLN memandangkan ramai email pada saya bertanyakan hal ini. Kad ini perlu dibuat sekiranya maid anda bercadang untuk pulang bercuti ke Indonesia dan akan kembali bekerja di Malaysia. Tanpa kad ini maid tidak akan dibenarkan pulang oleh pihak Indonesia di airport atau mana2 tempat berlepas samada feri atau kapal terbang. Dokumen yang perlu disediakan :-
1. Surat cuti dari majikan yang menyatakan maid kembali ke Indonesia untuk bercuti dan akan kembali ke Malaysia pada tarikh yg disebutkan.
2. Tiket pergi balik samada feri atau kapal terbang. Kalau ada sila simpan copy sebagai rujukan
3. Photocopy passport muka surat 1, 2 dan terakhir ( details of new work permit on it )
4. Kontrak kerja ( boleh diambil di Indonesia embassy, pastikan fill up dan pegawai sana chop dan sign )
5. Buat KTKLN sila rujuk pada lokasi pejabat di http://ktkln.bnp2tki.go.id
6. Medical check up sebelum buat KTKLN di Indonesia. ( kalau tak silap cost dia dalam RM150 )
7. Surat dari penghulu kampong yg menyatakan maid akan bekerja di Malaysia
No 1 - 4 kita yg perlu sediakan. No 7, saya hanya tau apabila maid saya hubungi saya menyatakan hal tersebut.
Next post saya akan buat ialah "Apabila pembantu rumah tak pulang ke Malaysia apabila sudah bercuti di Indonesia" <-- ini terjadi pada saya. Dah susah2 renew passport semua penat tak hilang, terus dia pulak yg hilang. Ermm