As-salam
Rasanya perlu untuk saya berkongsi sedikit sebanyak tentang KTKLN memandangkan ramai email pada saya bertanyakan hal ini. Kad ini perlu dibuat sekiranya maid anda bercadang untuk pulang bercuti ke Indonesia dan akan kembali bekerja di Malaysia. Tanpa kad ini maid tidak akan dibenarkan pulang oleh pihak Indonesia di airport atau mana2 tempat berlepas samada feri atau kapal terbang. Dokumen yang perlu disediakan :-
1. Surat cuti dari majikan yang menyatakan maid kembali ke Indonesia untuk bercuti dan akan kembali ke Malaysia pada tarikh yg disebutkan.
2. Tiket pergi balik samada feri atau kapal terbang. Kalau ada sila simpan copy sebagai rujukan
3. Photocopy passport muka surat 1, 2 dan terakhir ( details of new work permit on it )
4. Kontrak kerja ( boleh diambil di Indonesia embassy, pastikan fill up dan pegawai sana chop dan sign )
5. Buat KTKLN sila rujuk pada lokasi pejabat di http://ktkln.bnp2tki.go.id
6. Medical check up sebelum buat KTKLN di Indonesia. ( kalau tak silap cost dia dalam RM150 )
7. Surat dari penghulu kampong yg menyatakan maid akan bekerja di Malaysia
No 1 - 4 kita yg perlu sediakan. No 7, saya hanya tau apabila maid saya hubungi saya menyatakan hal tersebut.
Next post saya akan buat ialah "Apabila pembantu rumah tak pulang ke Malaysia apabila sudah bercuti di Indonesia" <-- ini terjadi pada saya. Dah susah2 renew passport semua penat tak hilang, terus dia pulak yg hilang. Ermm
Pembaharuan Pasport Pembantu Rumah Indonesia
Friday, 5 July 2013
Wednesday, 13 February 2013
Pembaharuan passport Pembantu Rumah Indonesia
Document yang diperlukan antaranya
1. Kad Pengenalan / IC majikan ( 2 copy )
2. Insurance for maid ( 2 copy )
- Can be purchased at Post Office RM60 for 1 year or RM85 for 2 years
- Or available at Indonesia Embassy ( outside embassy ) RM90 for 2 years
3. Original passport
4. Photocopy of maid’s passport ( 1 copy )
- 1st page ( main information )
- 2nd page ( valid working permit )
- Last page ( catatan resmi/official notes )
I was at Indonesia Embassy on 13 Feb 2013 ( 11 / 12 Feb 2013 adalah Chinese New Year ),so I assume that most of the employer will be out of KL but I was wrong. Crowd agak luar biasa atau mungkin ini kali pertama saya berada disana. Saya berapa di Kedutaan tepat jam 7am. Saya guide maid saya untuk beratur dilaluan pekerja perempuan. Semua document saya serahkan pada maid saya kerana tanpa passport dll nombor tidak akan diberikan. Kalau boleh bawa sekali file Clip File kerana didalam Kedutaan tidak disediakan meja untuk menulis. Confirm tulisan macam budak pre school. Itu terjadi pada maid saya. Saya terlupa nak serahkan pada maid, dia dah masuk baru perasan.
Boleh didapati dimana2 kedai berhampiran
Dalam jam 830am maid saya hubungi saya, “ bagaimana mau isi ini form bik enggak tau semuanya tulisan orang putih”. Statement dah bagi aku panic so I tell her just focus to blue form the rest ( employment contract ) just wait for me. Contract kerja ada dalam 4 keping each so ada 3 set. No wonder dia panic.
Form Biru, antara maklumat yg perlu disi adalah
1. Nama majikan
2. Alamat majikan
3. IC majikan
4. Nama pekerja
5. Alamat pekerja
6. Tarikh pengeluaran passport
7. Tarikh tamat tempoh passport
8. Selebihnya saya tak ingat tapi semua basic sahaja.
Main entrance for female
Male entrance ( security is holding stun gun aka electroshock weapon..kagumnya )
Memang saya telah print semua maklumat ( thanks to google ) dan print dan beri pada maid saya sebelum kami ke sana. Dalam prose cuba untuk mencari jalan masuk, maid saya hubungi saya semua katanya suruh masuk cepat. Saya bertambah panic la red alert!!. Saya bersama beberapa majikan lain berada dibetul2 pintu pekerja wanita ( hampir semua pekerja wanita sudah masuk ) Cuma tinggal lagi 10 orang maid jer. Kami buntu disitu tambahan hujan renyai2 lagi. Saya keluar dari group dan saya nampak sebelah kanan ramai orang keluar masuk. Baru saya perasan itu exit untuk siap yang dah siap passport. Bengong! macamana boleh tak terfikir sebelum ni. So I managed to go in without any issue from security. 1st thing I saw was a big area where ppl waiting for their passport to be collected. So I decided to go deep inside to find my maid. Oh yes .. phone reception not very good inside the embassy so phone call cannot get thru. Just imagine I have to walk slowly to locate my maid. There about 200-300 ppl inside there. After 5 minute bingo! Maid aku macam nak menjerit kesukaan bila tengok aku hahaha. Mungkin dia panic aku tak masuk2 dari jam 7am. Aku berjaya masuk jam 945am.
My maid pass me all the document. Tulisan maid aku dah macam cacing yang horny ( tulis dalam keadaan berdiri ) The number is 2047. Number yang currently they serve is 2007. Enough time to fill up all the contract form ( 3 copy yea ).
Main Hall for document handover and payment
Contract Of Employment ( maklumat yang perlu diisi )
1. Date of contract
2. Name of employer
3. IC number
4. Name of worker
5. Passport number
6. Domestic worker hometown
7. Employer address
8. Salary ( minimum RM700 )
9. Employer signature and mobile number
10. Name of worker and signature
Ok number 2047 telah dipanggil, proceed to counter 18. Kalau tak silap hanya 3 kaunter sahaja iaitu 16,17 dan 18 untuk urusan pembantu rumah. Borang diserahkan dan pembayaran RM18 dibuat ( 5 tahun dan 24 mukasurat ) dan RM78 untuk 5 tahun dan 48 mukasurat. Dari tempoh saya jumpa hingga saya masuk sehingga nombor dipanggil mengambil masa dalam 30 min ( not so bad ). Agak laju bahagian ni. Setelah pembayaran dibuat saya diarahkan ke kaunter 31 dan 32 yang berada diluar hall tersebut. Number yang sama diberikan iaitu 2047. Biliknya agak kecil, boleh memuatkan dalam 50 orang sahaja. Saya suruh maid saya duduk dan saya ambil angin diluar. Kantin? Penuh dengan asap rokok gudang garam. Gerai makan ada 4 dan meja semua penuh. Sesiapa ada asma diingatkan jangan sesekali naik ke kantin.
Counter 31 & 32
Inside room 31 & 32
1. Ada boring biru tapi tiada kontrak kerja. Kontrak kerja boleh didapati dari kaunter 31 atau 32 tapi sana agak sibuk cuba dapatkan dikawasan pengambilan photo kalau tak silap.
2. Ada boring biru dan kontrak kerja tapi diarahkan terus ke kaunter 31 & 32 untuk dapatkan actknowledge ( cop ). Saya kata padanya tunggu number giliran sb kontrak kerja saya dan beliau adalah sama jadi tunggu giliran dalam hall, number beliau 2098. Mungkin ada salah paham antara beliau dan embassy officer.
3. Majikan yang download sendiri kontrak kerja dari internet dan buat stamping. Hanya kontrak yang disediakan di Kedutaan Indonesia sahaja sah digunakan. Selain dari pada itu tidak dibenarkan. Majikan tersebut terpaka mengambil kontrak di kaunter 31/32 dan isi semua sambil mengomel.
Proses untuk menunggu untuk ditemuduga mengambil masa agak lama. Saya berada dalam bilik menunggu pada jam 1015am dan dipanggil pada jam 1145am. Nombor kami dipanggil. Antara soalan yang ditanya oleh pengawai tersebut
1. Sudah berapa lama bekerja dengan iaitu saya
2. Minta nombor telephone ( dia nak takle maid aku la tu macam aku tak tau )
3. Disuruhnya saya potong gaji maid yang asalnya RM650 dan isi dengan RM700. Oleh itu tuan puan gaji minimum maid adalah RM700 yea.
Kontrak kerja hanya valid for 1 year so the date will follow the working permit. Permit maid saya akan mati ada 26 May 2013 so pembaharuan kontrak perlu dibuat pada 26 May 2014 di Kedutaan Indonesia ( adoi kena datang lagi ) tapi officer tersebut cakap proses lebih cepat kerana maid tidak perlu mengambil gambar, datang ambil nombor dan tunggu di main hall untuk diserahkan boring. Kontrak kerja pegawai itu serahkan pada saya 1 copy, katanya siapkan sebelum datang takde la pening kepala nak isi time ramai orang. ( Bagus betui pegawai tersebut ). Kepada sesiapa inginkan kontrak kerja boleh hubugi saya. Tak perlu pening kepala kalau maid tak tau nak isi.
Kemudian selesai sahaja interview yang mengambil masa tak sampai 5 min saya bergerak ke kaunter collection. Kawasan open area tempat saya mula2 masuk tadi. Ramai orang!! Dan saya pasti confirm mengambil masa 2-3 jam tapi a bit surprise dalam masa tak sampai 15 minit nama maid saya dipanggil dan diserahkan passport baru. Huh? Then bagaimana dengan beratus orang yang menunggu sebelum saya? Maid saya bagitau ( masa dia gossip antara mereka kot ) katanya sekiranya majikan sentiasa ada dgn maid especially during interview maybe dapat special treatment kot, yea la takkan nak bagi majikan menunggu. Imej Kedutaaan akan tercalar sekiranya majikan Malaysia complaint betui tak? Mungkin ada betulnya kata maid saya. Oleh itu wahai semua majikan sentiada bersama maid anda dari awal sehingga akhir. Kita support mereka kerana dia menjaga anak2 kita, rumah kita semua. Tunjuk yang kita menghargai mereka.
Passport collection area
I met and old couple around 60 yrs standing with me outside. They also waiting to get into the embassy. Kasihan katanya maid under nama isteri so isteri terpaksa ada sama. Pakcik tu kata dia takut isterinya tak tahan sebab berdiri terlampau lama. Semasa menunggu di kaunter 31/32 saya terserempak dengan pakcik. Saya bertanya ada sebarang masalah, katanya dia ada boring biru tapi tiada kontrak. Memandangkan saya free saya teman beliau ke kaunter 31/32 untuk mengambil kontrak.
Kalau boleh sesiapa yang mempunya maid yang mana nama majikan atas nama orang tua kita better kita sendiri uruskan bagi pihak orang tua kita. Surat kuasa menghantar wakil boleh dibuat bagi mengantikan orang2 yang tak larat. Tempat tu memang tak sesuai untuk orang2 lama ni.
So sekian sahaja. For any enquiries u can email me or leave any comment below. Saya akan bantu selagi mampu. Contract kerja saya mempunyai salinan. Leave a message atau email saya untuk dapatkan salinan.
Secara keseluruhannya
1. 7am beratur
2. 8:50am dapat nombor
3. 10:10am penyerahan documen dan bayaran
4. 11:45am interview
5. 12pm passport ready!!! yeaaaa
Cuba access dari Entrance/Exit setelah maid anda telah masuk ke dalam. Tunggu dan cari mereka di kawasan photo taking. Selamat berjuang!
Info terbaru. Salah seorang kawan saya menyatakan bahawa ada satu syarat baru yang perlu dibuat sebelum passport renewal diluluskan iaitu "Akaun Bank" perlu dibuka terlebih dahulu. Pastikan gaji dimasukkan ke sana. Ini diberitahu semasa urusan interview antara maid majikan dan pegawai kedutaan. Tarikh akhir July 2013. Terima kasih atas yang diberikan kawan-kawan.
Memandangkan saya selalu terlupa check status blog. Sila email direct ke azrul@mvsb.com.my untuk kontrak kerja. Sekiang
Note 1 Nov 2014 : Adalah dimalumkan access ke Indonesia Embassy tidak boleh dimasuki melalui pintu sebelah kanan yang sebelum ni saya gunakan. Tuan puan kena masuk ikut main entrance bersama pekerja Indonesia yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)